Minyak zaitun kami adalah dari perahan sejuk. Perahan sejuk ini dapat membantu mengekalkan khasiat minyak zaitun.
  Selain daripada itu, kami mendapat bekalan minyak zaitun ini terus dari Tanah Syam seperti Syria dan Palestin. Tanaman dari tanah jajahan Syam sememangnya berkualiti tinggi.
  Tidak. Produk kami boleh dinikmati oleh semua lapisan umur, tiada syarat dan ianya boleh membantu menyembuhkan segala penyakit kalau pengambilan diambil secara berterusan inshaAllah.
  Untuk peringkat umur 12 tahun ke atas, kami nasihatkan pengambilan untuk minyak zaitun ialah 2 biji pada waktu malam dan 2 biji habbatus sauda pada sebelah pagi.
  Bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah kami nasihatkan untuk mengambil 1 biji minyak zaitun disebelah malam dan 1 biji habbatus sauda disebelah pagi.
  Minyak zaitun dan habbatus sauda Minsyam adalah dari Syria dan Palestin.
  Ya,betul. Tetapi bukan semua bahagian di Syria bergolak di dalam peperangan.
  Sehingga hari ini Alhamdulillah kami masih boleh dapatkan minyak zaitun dan habbatus sauda di Syria denga selamat dan menghasilkan produk yang berkualiti..
  Kami menggunakan gelatin dari sumber haiwan iaitu bovine. Bovine ini ialah daripada kelompok binatang yang berkaki empat seperti lembu dan kerbau. Kami amat menitikberatkan tentang ini dan produk kami telah mendapat pengesahan HALAL oleh JAKIM dan inshaAllah ianya halal, bersih dan selamat digunakan.
  Untuk makluman, sekiranya penghasilan minyak habbatus sauda dan minyak zaitun diproses menggunakan teknologi perahan sejuk tanpa campuran bahan kimia, maka produk boleh bertahan lama atau dengan kata lain, tiada tarikh luput. Walau bagaimanapun, ia turut bergantung dengan cara penyimpanan minyak tersebut
  Selain itu, sejurus minyak perahan sejuk habbatus sauda Minsyam dan minyak perahan sejuk zaitun Minsyam dikapsulkan dalam bentuk sofgel, secara automatic ia dikategorikan sebagai Makanan Kesihatan Tradisional oleh Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan. MAka, tempoh bagi tarikh luput yang ditetapkan adalah 2 tahun.
  Minsyam menyarankan penyimpanan produk di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.
  Kami di Minsyam suka menekankan khasiat dan kelebihan minyak zaitun dari 2 sudut:
   Sudut agama:
Kelebihan minyak zaitun berdasarkan hadis Nabi SAW: Dari Umar bin Al khattab RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: ” Makanlah minyak Zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ianya dari pokok yg diberkati” Riwayat Imam Ahmad dan Imam Tirmizi.
   Sudut sains:
Minyak zaitun ini adalah bagus untuk penyakit kulit seperti eczema. Ia juga dapat membantu melembut dan melembabkan kulit. Pengambilan minyak zaitun yang berterusan juga, dapat membantu mengurangkan bacaan gula, mengurangkan lemak dan mengurangkan kadar kolestrol. Minyak zaitun juga mengandungi vitamin E dan K. Selain daripda itu minyak zaitun juga mengandugi omega yang sangat baik untuk badan. Omega-omega ini yang akan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan, mengurangkan bacaan gula dan sebagainya.
   Sudut agama:
  • Dari Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: habbatus sauda’ penyembuh bagi semua penyakit kecuali As Sam ( mati). Riwayat Imam Bukhori.
  • Sabda Nabi lagi: ” Hendaklah kamu ( melazimi) dgn habbatus sauda’ kerana padanya penyembuh bagi segala penyakit kecuali As Sam ( mati).

   Sudut sains:
  • Selain dari itu, ia juga membantu memperbaiki kitaran darah dengan baik. Jika diamalkan setiap hari InshaAllah kesihatan akan lebih baik dan membantu mengelakkan dari penyakit kronik seperti seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Banyak khasiat lain seperti mengatasi masalah untuk tidur, membaik pulih hormon kerana mengandungi sentrol di mana membantu merembeskan hormon dan aktiviti di dalam sel
  Minsyam merupakan syarikat pertama yang menghasilkan minyak habbatus sauda menggunakan kaedah perahan sejuk. Perahan sejuk merupakan cara tradisional untuk mengeluarkan minyak tumbuhan adalah dengan menggunakan mesin. Tiada haba tambahan atau pelarut kimia digunakan, jadi, minyak yang terhasil mengekalkan struktur kimianya yang asli. Perahan sejuk dapat mengekalkan kesegaran minyak itu dan memberi perlindungan kepada kita daripada kerosakan radikal bebas.
  Kami nasihatkan pengambilan secara berasingan iaitu 2 biji kapsul pada waktu pagi bagi habbatus sauda dan 2 biji malam bagi minyak zaitun bagi yang berumur 12 tahun ke atas.
  Sekali lagi diingatkan, kami nasihatkan untuk kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun, pengambilannya ialah 1 biji pagi bagi habbatus sauda dan 1 biji malam bagi minyak zaitun
   InshaAllah minyak habatus sauda selamat dan efektif untuk diamalkan. Ianya juga boleh diambil oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.
  Khasiatnya boleh dirasai jikalau diamalkan dalam kehidupan seharian. InshaAllah apa-apa yang baik juga perlu dipraktikkan setiap hari secara konsisten.
   Sabun minyak zaitun kami boleh digunakan di seluruh badan, muka dan juga rambut InshaaAllah. Ianya dapat membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Malah, ianya lebih berkesan jika digunakan bersama losyen minyak zaitun Minsyam selepas mandi.
   Semestinya boleh. Sabun minyak zaitun Minsyam tidak hancur bila dipotong. Jadi kalau hendak menggunakannya pada muka memang sangat jimat dan sesuai dalam saiz yang lebih kecil melainkan jika hendak gunakannya untuk seluruh badan dan rambut.
   Boleh. Sabun minyak zaitun ini boleh digunakan di muka. Ia juga boleh digunakan pada rambut. Jika disapu pada rambut ianya dapat membantu menyuburkan rambut supaya rambut lebih hitam. Ianya juga boleh menguatkan akar rambut. Jadi dengan itu dapat mengurangkan keguguran rambut InshaAllah.
   Losyen minyak zaitun, jika disapukan di muka, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit dan melambatkan proses penuaan InshaAllah.
  “Sesungguhnya, al-Habbatus al-Sawda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam.” Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab : ‘As-sam yaitu maut !” ( Riwayat Bukhari ) Di dalam kitab Shahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahwa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda sebagai berikut : “Tetaplah dengan al-Habbah al-Sawda” kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati.”
  Sememangnya boleh kerana ianya menambahkan susu badan. Selain daripada itu, kandungan Omega 3,6 &9 juga boleh membantu perkembangan otak bayi.
  habbatus sauda juga mengandungi asid linolenik yang bagus untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Apapun, setiap yang baik jangan diambil secara berlebihan.
  Kami telah menetapkan 1 hari dalam 1 minggu iaitu hari Rabu untuk proses penghantaran. Jadi bagi kawasan semenanjung Malaysia InshaAllah akan terima barang dalam masa 1-2 hari waktu bekerja. Apa-apa masalah yang dialami boleh hubungi kami semula.
  Untuk pengetahuan,spesifikasi warna minyak habbatus sauda adalah yellowish ke amber. Punca utama terdapat variasi warna adalah disebabkan oleh tindakbalas terhadap faktor gelatin. Terdapat 3 faktor lain yang turut menyumbang adalah keberkesanan minyak (tanpa pengawet), masa dan suhu.
0 WooCommerce Floating Cart

No products in the cart.

X