Selamat Datang Ke MINSYAM Sdn.Bhd

Minsyam SDN BHD adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang ditubuhkan pada tarikh 13 November 2009. Syarikat MINSYAM menjalankan perniagaan yang berasaskan produk pemakanan dan amalan sunnah khususnya yang berasaskan Habatus Sauda’ dan Minyak Zaitun. Produk MINSYAM diproses EKSKLUSIF dari Syria.

Nama Minsyam membawa maksud “Min”- Dari “Syam”- Syam (Tanah Syam) yang mana tanah Syam ini meliputi Negara seperti Palestin, Syria, Jordan dan Lebanon. Tanah Syam ini juga dikenali sebagai tanah yang diberkati. Atas asbab ini, bahan mentah untuk produk utama Minsyam diimport secara eksklusif dari Syria.

Bertemakan “Produk Amalan dan Pemakanan Sunnah’, Minsyam menawarkan makanan Sunnah dalam bentuk sofgel yang mudah dimakan. Produk utama kami adalah Kapsul Habbatussauda dan Sofgel Minyak Zaitun. Dua jenis pemakanan ini ada disebut di dalam Hadis & Al-Quran.

Sofgel minyak zaitun Minsyam dihasilkan melalui proses perahan sejuk (cold press) bagi mengekalkan kualiti minyak pada tahap tertinggi. Kilang Minsyam yang bertempat di Mutiara Subang, Shah Alam mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Practice) dan produk Minsyam adalah Halal dan telah disahkan oleh JAKIM